Oke hari nie, saje nak share dgn kowg sume cara-cara buad Puding Trifle my mOmmy... i like dis dessert!! <3 sO, essay.. kowg boley cuba buat kt rumah ;)
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
1 mangkuk air- untuk dicampurkan dengan kastard
1/2 biji kek gulung ( London swiss roll pon boleh )
1 tin buah-buahan campuran - asingkan air dgn buah
1 peket agar1 jeli kristal NONA
1 mangkuk air panas
Cara-cara membuat :
1. Panaskan susu cair dgn gula. Kecilkan api.
2. Bancuhkan tepung kastard dgn semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yg sedang mendidih. Masak sehingga betul-betul pekat dan kastard juga harus pekat. Padamkan api.
3. Dalam bekas berasingan, susu kek gulung sehingga habis. Kemudian basahkan dgn air buah-buahan.
4. Tuang bancuhan kastard diatas kek gulung tadi.
5. Kemudian, susun buah-buahan sehingga habis1 tin.
6. Untuk jeli kristal pulak, larutkan jeli dgn semnagkuk air panas. Kacau sehingga sebati.
7. Akhir sekali, tuang jeli tadi diatas buah-buah yg telah di susun di atas kastard. Lapisan jelis haruslah nipis bg menampakkan buah-buah2 tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais sebelum di hidangkan.
oke sume, ny antara hasil nya :
Kacau susu cair bersama gula. |
xcukup jeli sebenarnya tu.. hihi |
yummy...sedap nyer!! |
Jemput makan semua ^^ |
salam.. <3
No comments:
Post a Comment